 |
Saya berasal dari keluarga fesyen. Ibu saya menjalankan perniagaan butik yang mana sebelum ini beliau juga belajar di IFTC. Oleh itu sebaik sahaja tamat tingkatan 3 (PMR), saya mengambil keputusan untuk meneruskan pelajaran di IFTC. Di IFTC, saya mendapati keyakinan dan minat dalam bidang fesyen semakin bertambah.
Dalam masa yang singkat sahaja, saya telah diberi peluang untuk menyertai beberapa kali pertunjukan fesyen. Ini kerana cara pembelajaran di IFTC yang lebih profesional dan lebih mudah di fahami.
Saya juga mengalakkan pelajar yang ingin belajar dalam bidang fesyen walaupun mereka baru tamat tingkatan 3 seperti saya, bolehlah dating ke IFTC untuk mendapat lebih maklumat. |