close
Mengasah skil rekaan di butik terbaik

Mengasah skil rekaan di butik terbaik

April 21, 2014

SEBAIK saja memasuki ruang butik Old Blossom Store Box, di Seksyen 13, Shah Alam, Selangor, kelihatan Nurul Diyana Zainul Ihsan dan Balqeis Mohd. Radzi sedang asyik mendengar penerangan daripada Jezmine Zaidan, pemilik butik tersebut.

Sesekali mereka berdua melihat pakaian yang membaluti patung model dan menyelak buku rujukan. Sekiranya tidak memahami tentang sesuatu perkara itu, mereka pantas bertanya kepada Jezmine untuk keterangan lanjut.

“Kami perlu menumpukan perhatian dan mempraktikkan ilmu yang diajar oleh Jezmine. Dalam tempoh dua bulan ini, saya berusaha melakukan yang terbaik dan tak boleh ambil sikap sambil lewa bagi mengelakkan rekod buruk. Lagipun saya wajar menjaga nama baik universiti,” jelas Nurul Diyana, yang mesra disapa Diyana kepada Stailo.

Diyana yang merupakan pelajar jurusan fesyen dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, sedang menjalani latihan praktikal di butik tersebut.

Sambil menjahit selendang, anak sulung daripada tiga orang adik-beradik itu menyifatkan latihan amali antara platform yang terbaik baginya memperbaiki dan memantapkan kemahiran diri. Di sini, dia diajar selok-belok rekaan dan proses jahitan pakaian yang ideal serta mengikut trend semasa.

“Menariknya, saya turut berpeluang mempelajari pengurusan perniagaan sesebuah butik. Saya kagum melihat kesungguhan Jezmine yang sentiasa memikirkan konsep pakaian terbaharu bagi menarik minat pelanggan.

Artikel Penuh:http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0417&pub=Kosmo&sec=Stailo&pg=st_01.htm