|
|||||||||||||
Majlis Pra-Pelancaran Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2003 Press release by KL Fashion Selepas kejayaan Minggu Fesyen Malaysia Rias 2002 pada tahun lalu, pesta fesyen yang ditunggu-tunggu oleh pereka tempatan, peminat fesyen dan individu yang terlibat dalam industri fesyen negara muncul sekali lagi pada tahun ini - kini dikenali sebagai Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2003 (MFKL 2003) yang membawa tema Warna-warna Malaysia.
Acara anjuran Ruangan Gaya Anggun, Akhbar Utusan Malaysia yang dianjurkan buat pertama kalinya pada tahun 1998 merupakan satu-satunya acara utama yang memberi penekanan khusus kepada industri ini untuk merealisasikan aspirasi kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai destinasi membeli-belah terulung di rantau ini. MFKL 2003 juga turut mempromosikan bandar raya Kuala Lumpur sebagai destinasi pelancongan yang menarik untuk pelancong asing. Objektif MFKL 2003 adalah untuk memberi sokongan padu kepada industri fesyen tempatan di samping mewujudkan satu acara fesyen yang bertaraf antarabangsa. Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk meletakkan Malaysia sebagai pusat fesyen dan destinasi membeli-belah di rantau ini dan mewujudkan satu produk pelancongan untuk Pelancongan Malaysia serta membuka ruang untuk peluang perniagaan bagi industri fesyen. MFKL 2003 menggabungkan tiga aspek utama di dalam aktiviti berlainan di sepanjang minggu iaitu pereka fesyen muda, pereka fesyen tempatan yang telah mencipta nama serta fesyen buatan Malaysia "Malaysian Label".
Seperti Minggu Fesyen tahun-tahun lalu, MFKL 2003 kali ini turut menganjurkan Pertandingan Anugerah Jarum Berlian RIAS 2003, satu pertandingan merekacipta fesyen bertemakan Sedia Pakai Ke Arah Pasaran Komersial. Pertandingan ini diadakan untuk mencungkil bakat-bakat baru dalam dunia fesyen agar negara dapat melahirkan pereka fesyen tempatan yang terkenal di dalam dan luar negara. la juga bertujuan untuk mengenalpasti dan memperkenalkan generasi baru yang berbakat dan kreatif dari seluruh negara. Pertandingan ini terbuka kepada pereka amatur sahaja dan pereka professional tidak dibenarkan bertanding. Pengumuman lapan finalis anugerah ini akan diadakan pada 7 Julai ini yang akan turut dihadiri oleh Penaung MFKL 2003, YBhg. Datin Seri Rosmah Mansor. Pertandingan akhir Anugerah Jarum Berlian RIAS 2003 akan diadakan pada 10 Ogos 2003 pada sebuah Majlis Malam Gala di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Selain pertandingan berprestij ini, Fakuiti Sains Gunaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) di bawah program teknologi tekstil, turut menganjurkan persidangan kebangsaan selama dua hari mengenai tekstil, apparel dan fesyen untuk golongan usahawan, pereka muda dan professional yang ingin menjadikan bidang fesyen sebagai satu kerjaya, peluang-peluang pasaran dan program pembangunan diri. Selain daripada itu, bengkel sulaman dan beberapa peragaan fesyen oleh pereka terkenal tanah air dan antarabangsa juga diadakan. Beberapa institusi pengajian tinggi yang menawarkan kursus fesyen turut serta dalam pameran fesyen di Suria KLCC, antaranya Universiti Teknologi Mara cawangan Shah Alam, Universiti Teknologi Mara Cawangan Bandar Seri Iskandar, Perak, Universiti Lim Kok Wing, College of Creative Technology, Cenfad, Desire Academy, La Salle International Fashion School, International Fashion Training Centre (IFTC) dan beberapa institusi lain lagi untuk menarik minat golongan belia menceburi industri ini.
Turut diadakan ialah Peragaan Fesyen oleh artis-artis di Menara Kuala Lumpur dan Peragaan Fesyen dan Muzik Extravaganza di Bangsar Baru, Kuala Lumpur. Majlis makan malam fesyen gala adalah acara kemuncak MFKL 2003 dan ia adalah satu acara yang paling mendapat sambutan sejak 5 tahun lepas. MFKL 2003 diiktiraf oleh Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sebagai salah satu acara tahunan mereka. la juga disokong oleh Sekretariat Mega Sale dan Malaysia Designers Association (MODA). Penaja Utama Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2003 ialah DHL dan Danzas Air & Ocean. Sementara penaja-penaja bersama ialah Estee Lauder dan Euro Moda manakala Schwarzkotpf dan Dhea Finecast adalah Penaja Barangan. Antara penaja tempat ialah Maju Junction, Suria KLCC dan Menara Kuala Lumpur. Akhbar dan majalah rasmi acara ini ialah Utusan Malaysia - Gaya Anggun, Sin Chew Daily dan Vision KL. |
![]() ![]() ![]() ![]() |
| about iftc | fashion courses | student services | enquiries |